Thursday, February 21, 2013

Tentang SK Jalan Semenyih '2' (integ)

 Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 2 ini pada asalnya hanyalah sebuah sekolah sahaja iaitu dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Semenyih . Dahulu dikenali sebagai The National Type Primary English School Kajang. Sekolah ini pada mulanya hanya menumpang bangunan High School Kajang sejak tahun 1919.

The National Type Primary English School kajang ini telah mengalami peningkatan murid yang semakin ramai. Justeru, pihak berkuasa telah membina sebuah bangunan khas berdekatan dengan Kajang High School yang terdiri daripada 4 blok bangunan satu tingkat di tepi Jalan Semenyih dan laluan pintu masuk di Jalan Kolam Air. Bangunan ini mula dibina awal tahun 1953 dan siap pada 1954.

Namun pentadbiran sekolah ini telah dirombak dan tidak lagi di bawah pentadbiran Kajang High School. Malah The National Type Primary School ini mempunyai guru besarnya sendiri. Guru Besar yang pertama ialah berbangsa Inggeris iaitu Mr. AD Bumford dengan murid-muridnya pada masa itu seramai lebih kurang 250 orang dan bilangan guru seramai 16 orang sahaja.

Adalah menjadi satu sejarah yang tidak boleh dilupakan bagi warga sekolah ini kerana pada tanggal 7 April 1995 bangunan tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Almarhum Tuanku Sir Hishamuddin Alam Shah. Pada tahun 1993, kerajaan Malaysia telah mula membina sebuah bangunan lagi dengan perbelanjaan hampir RM 1 Juta yang terdiri daripada 4 tingkat mengandungi 16 bilik darjah. Ia telah siap pada awal tahun 1995 dan cukup untuk menampung peningkatan murid-murid menjelang tahun 2000.

Pada masa itu Sekolah Rendah Kebangsaan (2) Jalan Semenyih ini mempunyai 19 buah kelas, bilangan muridnya hampir 900 orang. Bilangan guru pula adalah seramai 33 orang di bawah naungan Tuan Haji Hamid bin Haji Harun selaku guru besar. Seiring dengan peningkatan murid-muridnya pertambahan kelas yang banyak dan guru yang semakin ramai maka pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menaiktaraf sekolah rendah ini sebagai sekolah Gred A yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 1993.

1 comment:

  1. Play Online Casino Site | LuckyClub.live
    Casino site luckyclub is a trusted online casino for sports and live dealer games. Play now. Enjoy the latest and greatest casino games like slots, blackjack,

    ReplyDelete